Sponsored
Sponsored
Read Mutiara Kata Alam Melayu
Free Edition
Verified Content

Mutiara Kata Alam Melayu

5.00 • 6 ratings • 1 reviews
Overview
Di negara ini, takrif bangsa Melayu diperkemas secara diikat dengan adat, disimpul dengan bahasa, disalut dengan agama, dimaktub secara perundangan.
Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Berdirinya bangsa kerana bahasa. Indahnya seni kerana budaya.

Bahasa Melayu adalah antara warisan bangsa tersurat dalam lebih 10,000 manuskrip menjadi khazanah di lebih 150 muzium dan perpustakaan tersohor dunia di Malaysia, Indonesia, Belanda, Rusia - tidak kurang dari 60 negara serata dunia. Kemahiran berfikir aras tinggi jelas tersinar dalam manuskrip lama dan Salatus Salatin (Sejarah Melayu), Hikayat Hang Tuah dan Kitab Bedil diiktiraf sebagai Warisan Dunia oleh Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).

Namun, pada hari ini, apabila kita mendengar kata-kata bijak pandai dirujuk atau sebagai panduan, selalunya ia diambil dari ungkapan bernas ahli pemikir asing sahaja! Plato? Winston Churchill? Shakespeare? Rabindranath Tagore. Confucious. Di manakah Mutiara Kata dari Timur, terutamanya negara kita sendiri?

Tunggak budaya bermula dengan bahasa Melayu yang telah digunakan di rantau ini lebih 1000 tahun yang lampau. Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan di Malaysia, dan juga Brunei, Indonesia (Bahasa Indonesia), Singapura dan digunakan di beberapa negara Asia Tenggara yang lain. Ianya merupakan satu khazanah yang tidak ternilai.

Ilmu lama cerminan intelektual tersimpan dalam manuskrip seperti Undang Kanun Melaka, Kitab Bedil dan pelbagai kitab lama. Ketinggian bahasa dicerminkan melalui pantun, gurindam, syair dan Hikayat lama seperti Hikayat Hang Tuah, Hikayat Malim Deman dan Panji Semirang inilah kayu ukur ketamadunan kita yang sejati.

Keadaan ini memanggil penulis dan pemuisi Ninot Aziz yang juga merupakan Presiden Persatuan Sastera Lisan Malaysia melengkapkan buku Mutiara Kata Alam Melayu yang merangkumi 101 petikan mutiara kata dari inskripsi batu bersurat seperti Batu Bersurat Terengganu dan Talang Tuwo, petikan kata pemikir dan sasterawan seperti HAMKA, Pendita Za’aba, Prof Ungku Aziz, serta pejuang kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, Jose Rizal dan Jenderal Agung Soedirman. Ianya turut mengandungi peribahasa, pantun dan ungkapan dari warisan persembahan seperti wayang kulit dan Makyong.

Terjemahan Bahasa Inggeris disertakan. Mutiara Kata turut dihias dengan versi tulisan Jawi dan Motif Malaysiana.

Bab-bab terbahagi kepada
i) JATI DIRI
ii) KENEGARAAN
iii) KEPIMPINAN & TELADAN
iv) WARISAN BANGSA

Berikut merupakan antara sokongan tokoh-tokoh sastera dan sejarah.

‘Usaha penting untuk memulihara kata-kata leluhur kita serta hablur- hablur bahasa yang bersinar terang dan menjelma sangat indah untuk renungan anak bangsa seterusnya agar sedar mereka mempunyai sastera yang tinggi, jiwa yang besar dan khazanah yang begitu bernilai.’
Profesor Emeritus Dr Muhammad Hj Salleh
Sasterawan Negara

‘Perbendaharaan indah pepatah Melayu berabad lamanya, dicungkil dari inskripsi, manuskrip dan kesusasteraan lisan – sumber ilham untuk diterokai, direnungkan, dinikmati.’
Dato Dr Annabel Teh Gallop
Tokoh Merdeka dan Kurator British Library

‘Mutiara Kata Alam Melayu oleh Ninot Aziz ini mampu mencerminkan sikap dan watak Melayu bijak bestari yang bersenjatakan mutiara kata, yang lebih tinggi nilainya dari seluruh wang dan harta...Menjadi prakata kepada mutiara bangsa, peradaban Melayu.’
Cik Srikandi
Sejarawan dan pengarang
User Avatar User Avatar User Avatar
36,114 currently reading
User Avatar User Avatar User Avatar
152,889 want to read
Sponsored
Sponsored

Book details & editions

ISBN 6299681489
Publisher Hikayat Fandom
Publication date June 2023
Language MSA
Pages 256 pages
Sponsored
Sponsored
About the Author
Ninot Aziz

Ninot Aziz

Follow
Known for writing in a clear, engaging, and easy-to-follow style. The work feels natural and flows smoothly, making it enjoyable from beginning to end.

Ratings & Reviews

5 ★
76%
4 ★
18%
3 ★
4%
2 ★
1%
1 ★
1%
5.00
BlueReads Choice
Sponsored

Write a Review

Community Reviews

Sort by:
Sponsored
Sponsored
Sponsored Content